Seo Services

China Mohon Malaysia Buat Yang Terbaik Selamatkan Warganya Yang Diculik

MELAKA, 4 April (Bernama) -- China meminta Malaysia melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan seorang rakyatnya yang diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah pulau di Semporna, Sabah, pada Rabu lepas.

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan daripada kumpulan berkenaan.

Kami mengikuti secara teliti perkembangan kes ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Seri Negeri, di sini Jumaat.

Beliau ditanya mengenai insiden seorang pelancong wanita warga China berusia 29 tahun yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di sebuah resort di Pulau Singgahmata bersebelahan Pulau Bum-Bum di Semporna.

Dalam kejadian 10.30 malam itu kumpulan penjenayah terbabit turut melarikan seorang wanita Filipina berusia 40 tahun yang bekerja di resort berkenaan.

Mengulas lanjut, Duta Besar China itu yakin kejadian tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong China ke Malaysia.

"Ini hanya satu kes dan tidak membabitkan keseluruhan pelancong China ke Malaysia," katanya.-- BERNAMA

China Mohon Malaysia Buat Yang Terbaik Selamatkan Warganya Yang Diculik China Mohon Malaysia Buat Yang Terbaik Selamatkan Warganya Yang Diculik Reviewed by Admin on April 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.