Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.
Peguam kanan Karpal Singh memberi amaran bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.
Beliau mendakwa, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.
“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.
“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini.
Pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi. - malaysiakini
No comments: