PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Singapura Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini.
Satu mesyuarat perwakilan akan diadakan selepas pertemuan itu, sebelum sidang akhbar bersama oleh kedua-dua Perdana Menteri.
Mesyuarat itu dijangka membincangkan projek kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur dan Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura.
Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata pemukiman itu merupakan satu platform untuk kedua-dua pemimpin meneliti hubungan dua hala yang wujud antara kedua-dua negara.
Pemukiman itu merupakan perbincangan peringkat tertinggi yang memberikan ruang bagi pemimpin-pemimpin kedua negara untuk meneroka dan membincangkan inisiatif-inisiatif baru dan kerjasama selanjutnya.
Mesyuarat terakhir berlangsung di Singapura Februari tahun lepas.-- BERNAMA
Reviewed by Admin
on
April 07, 2014
Rating:
No comments: