Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah wanita pada hari ini ramai yang tidak menyedari kepentingan pemeriksaan Pap Smear di kalangan wanita yang telah berkahwin.
Ujian Pap Smear adalah satu ujian saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Peringkat ini juga dipanggil 'pra kanser' yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.
Ujian Pap Smear ini penting oleh kerana Kanser serviks adalah kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan wanita. Ia dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks terjadi. Selain itu, pengesanan dan rawatan ini dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.
Untuk pengetahuan anda, kanser serviks adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukan perubahan di dalam sel-selnya.
Keadaan awal ini disebut peringkat pra-kanser. Peringkat pra-kanser akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks. Dalam jangkamasa ini boleh digunakan untuk doktor mengesan serta merawatnya supaya kanser serviks dapat dicegah daripada berlaku.
Antara golongan yang berisiko untuk mendapat kanser serviks ini ialah semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutama dalam lingkungan umur 20-65 tahun.
Risiko yang lebih tinggi jika wanita atau pasangannya mempunyai pasangan seks yang ramai, wanita memulakan hubungan seks pada usia muda, merokok, mendapat jangkitan HPV ( Human Papillomavirus) , dan jangkitan penyakit kelamin .
Oleh itu, wanita-wanita di luar sana seharusnya lebih peka tentang kepentingan Ujian Pap Smear ini. Bertindaklah sekarang, dan jalani Ujian Pap Smear.
No comments: