Seo Services

Perancangan Bandar Raya Maya Untuk Pembangunan Semula Darul Hana Di Sarawak

KUCHING, 5 April (Bernama) -- Kementerian Perumahan Sarawak akan menggunakan teknologi perancangan bandar raya maya untuk mereka bentuk projek pembangunan semula Darul Hana bernilai RM120 juta itu.

Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata teknologi yang diguna secara meluas oleh perancang bandar Korea Selatan itu akan memudahkan tugas mengenal pasti kemudahan asas yang sesuai untuk projek terbabit.

"Arkitek kini bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat dan telekomunikasi untuk merancang sebuah bandar baharu. Dengan teknologi bandar maya ini, semua aspek kemudahan asas sosial, termasuk bagaimana bandar raya ini patut dibangunkan, sudah tersedia.

"Perancangan bandar raya maya ini umpama bandar raya sebenar. Saya akan melakukannya.

Untuk Projek Darul Hana, kami mempunyai pengetahuan asas bagaimana kami perlu merancangnya, tetapi belum lagi mempunyai gambaran maya bagaimana ia akan terhasil nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai 'Peluang dan Cabaran dalam Industri Kandungan Mudah Alih' di sini Sabtu.

Menurutnya, lebih ramai pakar perancangan maya akan diguna oleh kementerian itu untuk meneruskan rancangan berkenaan.

Projek pembangunan semula Darul Hana yang merangkumi 12 kampung tradisional Melayu di sepanjang Sungai Sarawak, menjanjikan lebih banyak aktiviti sosio-ekonomi untuk penduduk.

Dilancar Januari lalu oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, apabila siap sepenuhnya 15 tahun lagi, ia akan menyediakan perumahan dan kemudahan moden kepada hampir 4,000 keluarga dalam kampung terbabit.-- BERNAMA

Perancangan Bandar Raya Maya Untuk Pembangunan Semula Darul Hana Di Sarawak Perancangan Bandar Raya Maya Untuk Pembangunan Semula Darul Hana Di Sarawak Reviewed by Admin on April 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.