Seo Services

Projek Lapangan Terbang Mukah bermula esok

KUCHING - Projek pembinaan lapangan terbang baharu Mukah yang menelan kos mencecah RM340 juta akan dilaksanakan mulai esok.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Micheal Manyin Jawong berkata, lapangan terbang yang terletak di antara bandar Mukah dan Oya itu bakal memiliki kemudahan moden sekali gus menarik pelaburan di wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

"Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM133 juta bagi memulakan fasa pertama projek yang melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak mulai esok," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan upacara menandatangani kontrak projek tersebut di antara Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Hock Peng Furniture & General Contractor Sdn. Bhd.

Projek Lapangan Terbang Mukah bermula esok Projek Lapangan Terbang Mukah bermula esok Reviewed by Admin on April 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.