Seo Services

21 ditahan bantah projek bandar baharu di Hong Kong

HONG KONG: Polis terpaksa menggunakan penyembur lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan dan menahan 21 orang yang membantah projek pembangunan bandar baharu di sini.

Kira-kira 900 orang terbabit dalam perhimpunan di kompleks kerajaan pelabuhan itu dan sesetengah daripada mereka cuba merempuh masuk dengan menggunakan buluh untuk mengopak pintu bangunan.

Pihak polis terpaksa menyembur lada bagi menyuraikan mereka dan menahan 21 orang yang begitu marah dengan pelaksanaan projek itu dan meneriak ‘tarik balik projek itu!’.

Penunjuk perasaan itu membantah kerana mendakwa projek berkenaan akan meminggirkan penduduk kampung dan menukar tanah pertanian kepada kawasan perumahan yang akan hanya menguntungkan pemaju.

Kejadian berlaku ketika ahli majlis sedang berbincang mengenai anggaran perbelanjaan projek.

Sekumpulan 200 orang lagi merantai diri mereka bersama sebagai tanda bantahan di luar bangunan. - AFP
21 ditahan bantah projek bandar baharu di Hong Kong 21 ditahan bantah projek bandar baharu di Hong Kong Reviewed by Admin on June 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.