Seo Services

Bekalan elektrik terputus di Miri, SEB mohon maaf

MIRI - Pembekal tunggal elektrik di Sarawak, Sarawak Energy Berhad (SEB) hari ini berkata, bekalan elektrik terputus di bebarapa tempat di bandar ini kerana berlaku 'power trip' di Talian Penghantaran 2 Similajau-Tudan pada pukul 12.04 tengah hari tadi.

Tambah SEB, pada pukul 2 petang tadi, Talian Penghantaran 1 Similajau-Tudan telah disalurkan dengan bekalan elektrik secara berperingkat dan bekalan pulih sepenuhnya pada pukul 2.20 petang tadi.

"Punca terputus bekalan kuasa masih lagi dalam siasatan.

SEB memohon maaf di atas kesulitan disebabkan bekalan kuasa yang terputus,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini. - Bernama 

Bekalan elektrik terputus di Miri, SEB mohon maaf Bekalan elektrik terputus di Miri, SEB mohon maaf Reviewed by Admin on June 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.