Seo Services

FAS bazir RM351,000 gara-gara penyokong




KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) telah membazirkan kira-kira RM351,000 sejak 2012 sehingga hari ini gara-gara terpaksa membayar denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan yang dilakukan oleh penyokong mereka. 

Presidennya, Datuk Sudarsono Osman berkata, jumlah tersebut sepatutnya boleh digunakan bagi pembangunan pasukan, namun terpaksa dibazirkan bagi membayar denda berkenaan. 

Katanya, 60 peratus jumlah denda itu disebabkan pembakaran suar yang mana suka atau tidak peraturan ditetapkan bahawa suar, bom asap, air bomb tidak dibenarkan sama sekali di dalam stadium.

"Kita menghargai sokongan penyokong yang mahu mewujudkan suasana berpesta, namun apabila mereka berbuat demikian kita (FAS) telah tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Justeru, kita meminta kerjasama semua penyokong, sebarkan perkara ini, apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di dalam stadium sama ada bagi perlawanan luar mahu pun di tempat sendiri," katanya pada pertemuan khas bersama media di sini, semalam. 

Sarawak kini berada di kedudukan ketujuh dengan 25 mata sama berkongsi mata bersama pasukan kelima, ime Darby FC dan Kelantan. 

Hanya tinggal lima baki perlawanan yang tinggal, di mana tiga perlawanan ‘panas’ di laman sendiri iaitu menentang T-Team, Pahang dan Johor Darul Ta’zim pasti akan menarik jumlah penonton yang besar. 

Oleh itu, langkah pencegahan akan diambil dengan menaikkan pagar dan lain-lain bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. 

Tambahnya yang juga Naib Presiden FAM, perlanggaran peraturan itu sebenarnya boleh dihukum dengan tegas yang mana, sekiranya diulangi lagi, denda akan digandakan. 

"Kemudian boleh didenda dengan perlawanan tanpa penonton dan akhirnya, tiga mata boleh ditolak. 

"Sebab itu kita mahu menyebarkan tentang perkara ini akan implikasi perbuatan mereka itu. 

"Peraturan itu terpakai kepada semua pasukan tidak kira perlawanan di luar atau di laman sendiri," tegasnya lagi. 

Dalam pada itu, Sudarsono memberitahu, pihaknya juga telah menjemput wakil ‘pergerakan’ penyokong Ngap Sayot berkenaan untuk duduk dalam jawatankuasa di sini bagi mendapatkan input dan kefahaman agar kerjasama dibentuk. 

"Kita mahu bekerjasama untuk menyelesaikan perkara ini bukan secara konfrantasi tetapi perbincangan. 

"Sekiranya masih berterusan, pemeriksaan badan ketat akan dibuat di pintu masuk stadium yang sudah tentu tidak memberi keselesaan kepada penyokong," jelasnya.-Utusan
FAS bazir RM351,000 gara-gara penyokong FAS bazir RM351,000 gara-gara penyokong Reviewed by uMieySurianie on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.