Seo Services

Ronaldo bantu negaranya Sepanyol untuk Piala Dunia Brazil


FLORHAM PARK, Amerika Syarikat - Cristiano Ronaldo memberi khabar gembira buat Portugal, seminggu sebelum memulakan kempen Piala Dunia apabila kembali menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan, semalam.

Bintang sayap Real Madrid itu diketepikan daripada dua perlawanan pemanas badan sebelum ini akibat kecederaan paha kiri dan otot lutut, kecederaan yang mungkin menyebabkan dia terlepas pertemuan dengan Jerman dalam aksi pembukaan Kumpulan G pada 16 Jun ini.

Bagaimanapun kepulangan semula Pemain Terbaik Dunia itu di padang latihan pasukan semalam nyata melegakan Portugal, malah pemain tengah berpengalaman, Raul Meireles juga mula menjalani latihan penuh.

Namun begitu, tonggak pertahanan, Pepe masih terpaksa melakukan program pemulihan berasingan.

Ronaldo, 29, mengambil bahagian di dalam sesi latihan yang dijalankan di New Jersey dan masih mempunyai peluang untuk beraksi dalam perlawanan pemanas badan mereka yang terakhir menentang Ireland, esok.

Ketiadaan Ronaldo menyebabkan Portugal sekadar seri tanpa jaringan dengan Greece, minggu lalu dan berhempas pulas untuk menundukkan Mexico 1-0 dalam perlawanan terakhir, kelmarin. - AFP

CRISTIANO Ronaldo kembali menjalani latihan bersama skuad Portugal di Florham Park, Amerika Syarikat semalam. - AFP

Ronaldo bantu negaranya Sepanyol untuk Piala Dunia Brazil Ronaldo bantu negaranya Sepanyol untuk Piala Dunia Brazil Reviewed by Unknown on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.