Seo Services

Harapan England dihampakan Suarez


BRAZIL - Gagal beraksi dalam perlawanan pertama menentang Costa Rica tempoh hari tidak menjadi alasan untuk penyerang Uruguay Liey Suarez beraksi cemerlang untuk menewaskan England 2-1 sebentar tadi di Sao Paulo.

Suarez yang bergandingan dengan Edison Cavani berjaya menjaringkan gol pada hujung babak pertama hasil tandukan yang mengelirukan melalui hantaran Cavani.

Wayne Rooney mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pertama piala dunia selepas mencuba beberapa kali sebelum ini melalui jaringan pada minit ke 75 apabila mudah menolak masuk bola hantaran pertahanan kanan England Glen Johnson.

Namun begitu penyerang yang mempunya nadi pemusnah yang cukup hebat Liey Suarez berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 85 setelah pertahanan England gagal mengawal rapi pemain berkenaan.

Media di England masih yakin bahawa peluang untuk England masih cerah jika Itali berjaya menewaskan Costa Rica dan Uruguay dengan syarat England wajib menang besar keatas Costa Rica dalam perlawanan seterusnya.

Sementara itu Columbia berjaya menewaskan Ivory Coast dengan jaringan 2-1 hasil sentuhan penyudah James Rodríguez pada minit ke 64 dan 70′ Juan Quintero, manakala gol saguhati Ivory Coast dijaringkan oleh Gervinho pada minit ke 73.
Harapan England dihampakan Suarez Harapan England dihampakan Suarez Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.