Seo Services

KDN Kerjasama Dengan FIFA Dan Interpol Cegah Judi Bola


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa) bagi memantau kegiatan perjudian semasa berlangsungnya Piala Dunia mulai Jumaat.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu dilakukan kerana pemantauan awal mendapati terdapat kegiatan perjudian melalui dalam talian atau online serta pembabitan 'bookies' di peringkat antarabangsa.

Bagi mencegah kegiatan perjudian peringkat domestik, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pakar-pakar yang akan menangani kegiatan perjudian ini telah menggerakkan unit forensik dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)), 'private security' dan Syarikat Telekomunikasi (Telco) Malaysia.

PDRM akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Seksyen 6, Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998 terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan itu, katanya.

"Dan kita harapkan, demam bola sepak harus hanya ditontoni, bukan diletakkan wang pertaruhan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini Selasa. Untuk siri Piala Dunia kali ini, ia akan berlangsung selama sebulan, bermula 13 Jun hingga 14 Julai di Brazil. -BERNAMA
KDN Kerjasama Dengan FIFA Dan Interpol Cegah Judi Bola  KDN Kerjasama Dengan FIFA Dan Interpol Cegah Judi Bola Reviewed by Unknown on June 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.