Seo Services

Ketagihan Kafein bahaya jika sukar dibendung


Lebih ramai yang menganggap minuman berkafein lebih memberi manfaat terutama dari segi tenaga. Setiap kali mengantuk atau badan lesu, kopi mahupun teh adalah pilihan pertama kononnya boleh mengembalikan tenaga tanpa mengetahui bahaya kafein jika diambil keterlaluan.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa simptom ketagih minuman berkafein bermula dari keadaan tidak merbahaya sehingga ke tahap yang sukar dibendung. Jika anda merasakan anda begitu ketagih dan sukar mengawal pengambilan kafein, ada baiknya anda bertemu doktor cara untuk memulihkan tabiat ini.

Simptom ketara apabila anda ketagih kafein apabila sakit kepala mula menyerang antara 12 hingga 24 jam selepas mengambil kafein. Ada sesetengah individu lambat merasa sakit kepala dan ada juga yang cepat merasa sakit kepala seperti kepala mahu 'meletup'. Dianggarkan 50% pengamal kafein akan mengalami sakit kepala dan perkara ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran kafein dan ia berbeza mengikut individu.

Jika anda perasan, pengambilan kafein yang banyak menyebabkan anda kerap membuang air kecil sehingga boleh menyebabkan dehidrasi atau kurang air dalam badan. Masalah dehidrasi dalam jangka masa panjang akan memberi kesan terhadap kesihatan sehingga mengganggu kekuatan tenaga badan dan melemahkan fungsi organ.

Mungkin ramai yang tahu dan kurang menyedari bahawa kafein yang berlebihan akan menyebabkan kadar degupan jantung menjadi pantas. Dalam jangka masa panjang, ia mungkin boleh merosakkan jantung ekoran ketidakupayaan berfungsi seperti biasa. Apabila degupan lebih pantas daripada normal, ia boleh melemahkan tubuh badan.

Bukan tidak boleh minum kopi atau teh tetapi biarlah berpada-pada dan bukannya menjadikan minuman berkafein ini sebagai satu rawatan pemberi tenaga. Jika anda mahu kekal bertenaga, rehat secukupnya dan bersenam adalah lebih baik daripada mengamalkan minuman kafein setiap masa!
Ketagihan Kafein bahaya jika sukar dibendung Ketagihan Kafein bahaya jika sukar dibendung Reviewed by Unknown on June 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.