Seo Services

Lee Min Ho tidak ada masalah untuk dedah "bahagian bawah"


DALAM satu temu bual bersama portal hiburan Sina di China, aktor Lee Min Ho telah bercerita pelbagai kisah mengenai kerjaya dan peribadinya secara terbuka kerana namanya kini amat popular di negara tersebut.

Dia yang kerap berulang alik ke China berkata, jika ada tawaran berlakon filem di sana dia tidak keberatan untuk menerima.

"Sekarang ini saya sedang menilai beberapa skrip dari Korea dan China. Saya bebas untuk berlakon di Korea atau China, asalkan skrip yang diberi menarik minat dan watak yang bakal dibawa mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon," katanya yang sibuk menjalani penggambaran untuk filem Gangnam Blues.

Bercerita mengenai wataknya dalam filem tersebut, kata Lee Min Ho, ia berkisar tentang seorang lelaki yang mengejar impiannya sewaktu bandar Gangnam sedang membangun.

"Filem ini banyak adegan lawan. Kalau dalam City Hunter saya banyak menggunakan senjata, dalam filem ini saya terpaksa menggunakan fizikal untuk berlawan dan ia amat memeritkan sedikit," jelasnya.

Sewaktu temu bual itu juga, media telah bertanya adakah dia sanggup mendedahkan tubuhnya seperti mana yang dilakukan dalam drama City Hunter dan The Heirs sebelum ini.

"Mendedahkan lebih banyak tubuh saya tanpa pakaian, seperti di bahagian bawah? Tak ada masalah. Kalau adegan itu memerlukan saya tampil menunjukkan tubuh sebagai sebahagian daripada kekuatan fizikal, saya pasti berusaha untuk menjalani latihan di gimnasium dahulu. Maksud saya mendedahkan tubuh badan pada perkara begitu, bukan yang lain. Jangan salah faham dengan niat saya," katanya sambil ketawa.

Katanya, pelakon lelaki tidak mempunyai halangan untuk mendedah tubuh badan berbanding artis wanita. Tambah Lee Min Ho, dia tidak kisah untuk mendedahkan tubuhnya jika adegan yang dipapar selari dengan skrip tanpa rasa prejudis.

Dalam pada itu, Lee Min Ho turut ditanya tentang kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 2006 bersama rakannya, aktor Jung II Woo. Gara-gara kemalangan itu dia turut menjalani rawatan hampir setahun di hospital dan berkata, sejak kemalangan tersebut kehidupannya banyak berubah.

"Sejak kemalangan itu, saya terus menjadi kidal dan sekali sekala sahaja saya menggunakan kaki kanan. Saya alami kemalangan itu ketika usia 20 tahun. Bagi orang lain itulah waktu untuk memulakan sesuatu, saya pula terlantar di hospital," jelasnya.

Dalam temu bual itu, dia juga turut ditanya, adakah dia ingin mengikut jejak langkah aktor popular Hong Kong, Andy Lau yang sudah 20 tahun bertahan dalam industri ini.

"Siapa yang tidak kagum dengan Andy Lau. Dalam tempoh setahun dia pasti menyiapkan lima projek besar dan juga album. Dia tidak pernah serik bekerja hingga kini. Selepas melihat perjalanan kariernya, saya selalu tertanya pada diri, mampukah saya lakukan seperti dia?.

"Saya sangat menghormati dia. Sejak akhir-akhir ini, saya juga terus sibuk dengan kerjaya dan berharap akan kekal seperti sekarang dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan nama menjadi malar segar seperti Andy Lau," katanya terus terang.

Selain bercerita tentang kerjaya, dia turut memberitahu yang dirinya adalah seorang insan yang mudah jatuh cinta pandang pertama.

"Saya ini jenis mudah jatuh cinta dan kalau bercinta saya amat setia. Saya tidak akan terus meluahkan perasaan kalau saya jatuh cinta pandang pertama kerana saya lebih suka memerhati orang itu terlebih dahulu sebelum mengambil langkah meluahkan perasaan.

"Bila saya berkahwin nanti, saya inginkan anak perempuan kerana anak lelaki tidak berapa mengambil berat soal orang tua. Saya bercakap ini berdasarkan pengalaman kerana anak lelaki di sekeliling saya tidak kisah pasal ibu bapa. Saya ada kakak dan dia amat mengambil berat soal ibu berbanding saya. Walaupun saya jarang menunjukkan sikap prihatin tapi saya tahu ibu faham yang saya amat menyayangi dia," jelasnya.

Lee Min Ho tidak ada masalah untuk dedah "bahagian bawah" Lee Min Ho tidak ada masalah untuk dedah "bahagian bawah" Reviewed by Unknown on June 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.