Seo Services

Pemuda PBB Ucap Takziah Buat Keluarga Wong Ho Leng

KUCHING: Pergerakan Pemuda PBB Sarawak mengucapkan takziah buat keluarga ADUN Bukit Assek, mendiang Wong Ho Leng yang meninggal dunia malam tadi. Ucapan tersebut dikeluarkan Ketua pergerakan itu, Datuk Haji Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menyampaikan ucapan Takziah buat keluarga mendiang bagi mewakili warga pemuda PBB menerusi laman micro twitter milik beliau @PetraJayaMP sebentar tadi.

"Takziah dari saya serta seluruh Warga Pemuda PBB Sarawak kepada Keluarga Mendiang ADUN Bukit Assek, YB Wong Ho Leng yang meninggal dunia semalam" kata Fadillah.



Wong Ho Leng, 55 tahun dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) disahkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam sabtu.

Beliau yang menderita kanser otak telah berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak sejak Mei lalu.

Walau bagaimanapun, Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak diadakan bagi kerusi DUN Bukit Assek kerana berdasarkan rekod, sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011 manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.

Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan pilihan raya kecil wajib diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.
Pemuda PBB Ucap Takziah Buat Keluarga Wong Ho Leng Pemuda PBB Ucap Takziah Buat Keluarga Wong Ho Leng Reviewed by Admin on June 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.