Seo Services

Loan 0% Interest Khas Buat Peniaga Bazaar Ramadhan.

skim bazar

Keprihatinan kerajaan terhadap para peniaga kecil bersempena bulan Ramadhan 2014 yang bakal tiba kurang daripada sebulan dari sekarang iaitu dengan adanya Skim Pembiayaan Mikro i-Bazaar yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah inisiatif bagi membantu penjaja dan peniaga kecil berniaga juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.

Perdana Menteri berkata skim berkenaan adalah platform yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada penjaja dan peniaga kecil untuk tambah sumber pendapatan pada bulan Ramadan.

Skim tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah berlandaskan Syariah sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Menurut Perdana Menteri, walaupun permohonan pinjaman dijalankan melalui Gabungan Persatuan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, namun bukan ahli persatuan juga dialu-alukan untuk memohon. Bank Rakyat bertanggungjawab untuk menyalur dan mengutip pinjaman tersebut manakala peminjam boleh membuat bayaran secara ansuran mingguan atau sekali sahaja.

"Bagi melaksanakan skim ini kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM45 juta. Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 merupakan pembiayaan tanpa faedah dengan kelulusan pinjaman sehingga RM3,000," Dato' Sri Najib Tun Razak



Berikut beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal peminjam.

Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Pinjaman tanpa faedah sehingga RM3,000

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan

Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014
1. Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
2. Bayaran balik iaitu 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50% lagi sebulan selepas bulan Syawal.

Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014
1. Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
2. Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

"Hebahkanlah berita baik ini kepada rakan-rakan peniaga atau mereka yang baharu bercadang untuk berniaga pada bulan Ramadan ini, rebutlah peluang ini sebaik mungkin,"

Dato' Sri Najib Tun Razak
Loan 0% Interest Khas Buat Peniaga Bazaar Ramadhan. Loan 0% Interest Khas Buat Peniaga Bazaar Ramadhan. Reviewed by Unknown on June 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.