Seo Services

Majlis Penyerah Anak Angkat Program Kepimpinan Muda Islam dan Sinar Generasi Muda



 
LUNDU: Sekitar jam 2.30 petang tadi, Program Kepimpinan Muda Islam dan Sinar Generasi Muda untuk Majlis Penyerahan Anak Aangkt kepada warga penduduk Kampung Stunggang Melayu Lundu dan Kampung Sileng Melayu Lundu telah dijalankan bertempat di Masjid Daerah Lundu.
 
Mereka yang menyertai Program ini adalah terdiri daripada pelajar dari UNIMAS dan UITM. Majlis ini telah dianjur oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu, Majlis Daerah Lundu, Kampung Stunggang Melayu Lundu, dan Kampung Sileng Lundu.
 
Menurut urus setia program, penyertaan ini telah disertai oleh 100 pelajar iaitu sebanyak 58 orang pelajar perempuan manakala,sebanya 42 orang pelajar lelaki. Namun pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan melaui program ini.
 
Majlis Penyerahan Anak Angkat  telah dirasmikan oleh Pegawa Daerah Lundu iaitu Encik Hamsien Bin Atar dan Encik Mu'azamir Bin Haji Jili, selaku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
 
Aktiviti seterusnya ialah Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 yang bakal dirasmikan oleh  Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 21 Jun.
Majlis Penyerah Anak Angkat Program Kepimpinan Muda Islam dan Sinar Generasi Muda Majlis Penyerah Anak Angkat Program Kepimpinan Muda Islam dan Sinar Generasi Muda Reviewed by uMieySurianie on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.