Malam Nisfu Sya'ban 2014 jatuh pada tarikh 12 Jun 2014 iaitu hari khamis malam jumaat. Oleh itu, malam Nisfu Sya’ban pada tahun 2014 adalah pada malam 12 Jun 2014 bersamaan dengan 14 sya'aban. Kebiasannya, aktiviti di masjid di malam tersebut ialah membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali, setiap satu dengan niat tersendiri yang akan diketuai oleh iman.
Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu, memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut.
Oleh itu sama-samalah kita menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan membuat perkara sunat yang bertepatan mengikut apa yang telah diajarkan kepada kita. Semoga amalan dan ibadah yang kita kerjakan mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.
Malam Nisfu Sya'ban
Reviewed by uMieySurianie
on
June 12, 2014
Rating:
No comments: