Seo Services

Messi selamatkan maruah Argentina

Setelah menyaksikan perlawanan antara Argentina menentang Bosnia, jaringan cantik daripada Argentina, Lionel Messi memberi tiga mata berharga kepada skuad Amerika Selatan itu ketika menentang Bosnia-Herzegovina dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 Kumpulan F di Estadio do Maracana di Rio de Janeiro di sini awal pagi tadi.
 
Bosnia-Herzegovina yang membuat penampilan sulung dalam pentas Piala Dunia selepas berpisah daripada Yugoslavia dilihat begitu bersemangat untuk mencari gol awal dengan melakukan asakan sebaik wisel sepak mula dibunyikan.
 
Namun,hambar apabila pemain pertahanan, Sead Kolasinac bersalah menyepak bola masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ketiga tetapi Argentina - pasukan pilihan untuk menjuarai kumpulan yang turut membabitkan Nigeria dan Iran jelas bergelut mencari rentak pada satu tempoh yang panjang.
 
Tempoh permainan kedua-dua pasukan pada babak pertama dilihat banyak berhati-hati dengan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas percubaan ke gawang gol tanpa banyak cubaan berbahaya.
 
Sehinggalah minit ke-65 separuh masa kedua, Messi tampak ‘hilang dalam permainan’ sehingga bintang Barcelona itu yang menerima umpanan Gonzalo Higuain membuat larian solo yang cantik menewaskan sekurang-kurangnya tiga pemain lawan sebelum melepaskan ledakan padu untuk gol kedua.
 
Bosnia tampak seperti sudah mahu menyerah mudah tapi berjaya merapatkan jurang dengan gol pada minit ke-84 menerusi Vedad Ibisevic yang mencetus rasa gelisah Argentina pada beberapa minit terakhir permainan.
Messi selamatkan maruah Argentina Messi selamatkan maruah Argentina Reviewed by uMieySurianie on June 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.