Seo Services

Nenek cedera parah ditetak dalam rompakan.


KUCHING: Seorang nenek mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badan setelah ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kes rompakan yang berlaku di Kuching pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Ting Siew Heong, 56 tahun, yang cedera dibahagian muka, lengan kanan dan belakang kepala telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan kini dilaporkan stabil.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh menantu Ting, Chew Ma Ing, dalam kejadian sekitar 11 pagi di Lorong Keranji Tabuan Desa Kuching itu, rumah sewa mereka telah dimasuki seorang saspek menerusi pintu belakang yang lupa dikunci selepas menjemur pakaian.

Saspek dipercayai seorang lelaki yang berbadan besar, setelah mencederakan mangsa dengan pisau pemotong daging yang diambil dari dapur, berjaya melarikan dua unit laptop dan dua unit telefon bimbit.

Saspek melarikan diri dengan seorang lagi saspek yang menunggu diatas motosikal diluar rumah. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.
Nenek cedera parah ditetak dalam rompakan. Nenek cedera parah ditetak dalam rompakan. Reviewed by Unknown on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.