Seo Services

'Ngap Sayot' akan terus mara

Setelah hanya membawa pulang keputusan seri menetang Lions XII FC pada sabtu lalu, Skuad Ngap Sayot kini bersedia untuk perlawanan seterusnya menentang Pahang di laman sendiri.
 
Sarawak yang telah beraksi dengan baik pada malam Sabtu lalu, walaupun beberapa pemain tonggak masih belum cergas sepenuhnya setelah mengalami kecederaan.
 
Dengan hanya mengutip satu mata di tempat lawan, Sarawak meraih 29 mata setakat ini sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok enam pasukan terbaik saingan Liga Super musim depan.
 
Sarawak kini telah berada pada kedudukan keenam dengan 29 mata sama berkongsi mata bersama pasukan Terengganu dan Kelantan.
 
Sarawak akan meneruskan perjuangan kancah Liga Super musim ini menentang Pahang di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada Selasa ini (17 Jun).
 
Selepas berdepan dengan Pahang, Sarawak bakal menghadapi baki dua perlawanan iaitu bertemu Selangor di kandang lawan, Stadium Shah Alam pada 21 Jun (Sabtu).
 
Ngap Sayot menutup tirai Liga Super dengan menentang JDT di Stadium Negeri Kuching pada 25 Jun (Rabu) depan.
'Ngap Sayot' akan terus mara 'Ngap Sayot' akan terus mara Reviewed by uMieySurianie on June 16, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.