Seo Services

Nora Danish dibanjiri peminat di Instagram

Instagram semakin mendapat tempat di kalangan artis tanah air kita. Instagram merupakan salah satu medium utama selain Facebook bagi artis untuk berkongsi saat indah mereka menerusi foto bersama peminat di luar sana. Laman sosial Instagram sememangnya popular dengan artis Malaysia dan mempunyai jumlah pengikut tersendiri.
 
Tahukah anda Nora Danish antara selebriti yang telah meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 829,118 orang. Tidak hairanlah jika Nora Danish mempunyai pengikut seramai itu.
 
Nora Danish pernah digelar sebagai 'Ji Hyo Malaysia' kerana wajah Nora Danish seolah-olah mirip dengn wajah Song Ji Hyo Running man. Nora Danish seorang selebriti jelita yang menjadi pujaan ramai peminat-peminatnya terutama lelaki, mempunyai raut wajah yang cantik dan menggoda boleh memberi keterujaan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
 
Justeru itu, Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama. Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.
 
Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).
Nora Danish dibanjiri peminat di Instagram Nora Danish dibanjiri peminat di Instagram Reviewed by uMieySurianie on June 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.