Seo Services

Pembinaan Kidex Akan Diluluskan Jika Penuhi Syarat: Fadillah

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kelulusan untuk memulakan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) hanya akan diberikan sebaik sahaja kerajaan Persekutuan berpuas hati semua syarat telah dipenuhi oleh Kidex Sdn Bhd, syarikat konsesi lebuh raya tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata syarikat itu mempunyai masa 12 bulan bermula daripada permeterian perjanjian konsesi pada 15 Nov, 2013 untuk memenuhi syarat-syarat tertentu seperti yang ditetapkan dalam dokumen itu.

"Antara syarat yang perlu dipenuhi syarikat itu adalah untuk menunjuk bahawa ia mempunyai keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya dan perlu mendapatkan maklum balas orang ramai dengan mengadakan kaji selidik pendapat awam mengenai cadangan lebuh raya itu," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Fadillah berkata kementerian itu akan memantau dengan rapat perkembangan perkara tersebut dan semua pihak dinasihatkan meneruskan perbincangan mereka secara objektif.

Kidex Sdn Bhd perlu memaparkan maklumat mengenai cadangan pembangunan itu dan mengadakan sesi perbincangan dengan orang awam bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk di kawasan terlibat sebelum meneruskan pembinaan projek lebuh raya itu, katanya.

Lebuh raya sejauh 26.1 km itu akan menghubungkan Kinrara dan Damansara dan membantu mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) serta menjimatkan masa perjalanan.-- BERNAMA

Pembinaan Kidex Akan Diluluskan Jika Penuhi Syarat: Fadillah Pembinaan Kidex Akan Diluluskan Jika Penuhi Syarat: Fadillah Reviewed by Admin on June 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.