Seo Services

Peniaga kain mati ditetak

Seorang peniaga kain ditemui mati ditetak di hadapan kedainya di Chowrasta, Jalan Penang, Georgetown, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila mangsa, Muhammad Badusha Kalandar Mastan, 41, berada di kedainya untuk memulakan operasi perniagaan di deretan kedai menjual pakaian itu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mangsa dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian leher dan tangan kiri sebelum mayatnya ditemui orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Peniaga kain mati ditetak Peniaga kain mati ditetak Reviewed by Admin on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.