Seo Services

Polis Miri Nafi Wujud Sindiket Kes Culik Kanak-Kanak

Miri, 25 Jun - Polis Miri hari ini menafikan wujudnya sindiket yang menculik kanak-kanak di kawasan kediaman dan pasar raya di sini seperti yang disebar menerusi laman sosial.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan dengan kes tersebut.

"Kes culik itu tidak benar, hanya disebarkan dalam media sosial oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu seperti itu dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan khabar angin tanpa bukti kukuh.

Menurut Gan siasatan awal polis mendapati khabar angin tersebut disebarkan menerusi laman Facebook Miri Community yang mendakwa berlaku kes culik kanak-kanak di kawasan pasar raya E-Mart dan taman perumahan Tudan.-BERNAMA
Polis Miri Nafi Wujud Sindiket Kes Culik Kanak-Kanak Polis Miri Nafi Wujud Sindiket Kes Culik Kanak-Kanak Reviewed by Admin on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.