Seo Services

Rosmah tetap tabah walaupun dihentam pelbagai tohmahan


Walaupun sedih dicaci dengan pelbagai tohmahan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan tetap meneruskan kerja-kerja amal, sekalipun ia kerap kali diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rosmah berkata, beliau juga akan sentiasa bersama Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu rakyat di pelbagai peringkat.

"Walaupun sedih kerana sering kali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali, namun saya tidak sesekali melatah mahupun berputus asa ataupun tunduk dengan kata-kata mereka," kata Rosmah ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno dan pelancaran alumni Nadi Negara Wanita Umno.

Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian.

Rosmah berkata, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.

Beliau turut menasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Rosmah tetap tabah walaupun dihentam pelbagai tohmahan Rosmah tetap tabah walaupun dihentam pelbagai tohmahan Reviewed by Unknown on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.