Seo Services

Presiden Tajikistan Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Parlimen.


KUALA LUMPUR, 23 Jun  :  Presiden Republik Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon, yang tiba semalam untuk lawatan negara empat hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi pada hari ini..

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis itu yang berlangsung di Dataran Parlimen di sini.

Ia turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Upacara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara disertai tembakan meriam 21 das.

Presiden Tajikistan itu, yang diiringi dalam lawatan ke Malaysia oleh isterinya Azizamoh Rahmon, seterusnya memeriksa perbarisan kehormat terdiri daripada empat pegawai dan 102 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Ini merupakan lawatan pertama Rahmon ke negara ini sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara Tajikistan dan Malaysia pada 1992. Kunjungan itu atas jemputan Tuanku Abdul Halim.

Selesai majlis sambutan rasmi berkenaan, Rahmon ke Putrajaya untuk mengadakan pertemuan dengan Najib diikuti mesyuarat delegasi antara kedua-dua negara.- BERNAMA
Presiden Tajikistan Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Parlimen.  Presiden Tajikistan Diberi Sambutan Rasmi Di Dataran Parlimen. Reviewed by Unknown on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.