Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Adun Bukit Assek, Wong Ho Leng sebentar tadi.
Kelihatan beberapa menteri kabinet Sarawak serta kenamaan negeri hadir sama memberi penghormatan terakhir di kediaman keluarga mendiang Wong Ho Leng di Sibu.
Selain mengucap takziah kepada keluarga Wong, Tan Sri Adenan sempat duduk makan bersama pemimpin-pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Chong Chieng Jen.
Wong Ho Leng, 55, meninggal dunia pada sabtu kerana kanser otak, manakala upacara pengebumian bekas pengerusi DAP Sarawak itu dijangka akan berlangsung pada Selasa.
Adenan Beri Penghormatan Terakhir kepada Wong Ho Leng
Reviewed by Admin
on
June 23, 2014
Rating:
No comments: