Seo Services

Sambutan Program hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 mula dibanjiri pengunjung

Lundu: Sambutan Program Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 telah berlangsung dan kemeriahan sudah mula terasa apabila pengunjung sudah mula ramai mengunjungi terutama penduduk tempatan sendiri mula membanjiri sekitar Daerah Lundu.

Difahamkan beberapa aktiviti sudah dijalankan . Antaranya Pertandingan Futsal, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Chef Muda, Pertandingan Muay Thai dan Program Anak Angkat.
 
Sebentar tadi Program Pertandingan Tarik Tali yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial telah berakhir dan telah dinyatakan siapa pemenang. Ketika ini Pertandingan Futsal sedang dijalankan dan dijangka tamat pukul 5 petang.




Manakala menurut urus setia program, pertandingan Muay Thai Piala Ketua Menteri yang berlangsung di Dewan Chung Hua Lundu , petandingan Chef Muda ,yang berlansung di Kompleks Sukan Lundu dan program Penyerahan Anak Angkat dari UITM dan UNIMAS akan diadakan di Kampung Sileng Melayu dan Kampung Stunggang Melayu Lundu pada jam pukul 2 petang ini.

Namun persediaan untuk semua aktiviti seterusnya sedang di siapkan dan rehealsal penuh di mulakan pada jam 4 petang nanti.

Sambutan Program hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 mula dibanjiri pengunjung Sambutan Program hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 mula dibanjiri pengunjung Reviewed by uMieySurianie on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.