Seo Services

Sarawak Tumpu Penternakan Lembu Bersepadu - Adenan

KUCHING: Dalam usaha menambah jumlah ternakan lembu, kerajaan negeri Sarawak memberi tumpuan kepada penternakan di ladang kelapa sawit, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata daripada lebih 1.0 juta hektar tanah yang ditanam kelapa sawit, kira-kira 400,000 hektar sesuai untuk projek ternakan lembu bersepadu, namun hanya 80,000 hektar digunakan untuk tujuan itu dengan kira-kira 10,500 ekor lembu kini diternak dalam estet kelapa sawit.

"Jika lima hektar boleh menampung seekor lembu dewasa selama setahun, ladang kelapa sawit di Sarawak berpotensi menampung lebih 80,000 ekor lembu.

"Jika semua ladang kelapa sawit mengamalkan penternakan bersepadu ini, mungkin Sarawak boleh menjadi pengeksport daging lembu," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, pada perasmian Persidangan Serantau Asean Pertama mengenai Penternakan Haiwan di sini, semalam.

Adenan berkata sistem pengeluaran seperti itu mempunyai masalah seperti kos buruh, pengeluaran makanan ternakan dan pemadatan tanah, namun semua ini boleh diatasi menerusi kumpulan saintis dan pakar tani di Malaysia.

Beliau berkata industri penternakan negeri itu sedang berkembang sejajar dengan strategi pembangunan ternakan kerajaan pusat.

Kini negeri itu mempunyai bekalan ayam itik mencukupi, dengan sejumlah besar ladang ternakan ayam di sekitar Kuching, Sibu dan Miri.

Ketua Menteri juga berkata kerajaan melaksanakan program untuk meningkatkan bilangan kambing melalui skim pekebun kecil. Beliau berkata memandangkan Sarawak bebas daripada penyakit kuku dan mulut, penyakit anjing gila dan selesema burung, ia berpotensi menjadi pusat penternakan dan pengeluaran haiwan di Malaysia.
  -BERNAMA
Sarawak Tumpu Penternakan Lembu Bersepadu - Adenan  Sarawak Tumpu Penternakan Lembu Bersepadu - Adenan Reviewed by Unknown on June 05, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Ini berita yg cukup baik kpd pengguna di Sarawak.Bukan saja tanah di ladang2 kelapa sawit dpt diguna secara bersepadu (integrate) dan lebih efisien bahkan bekalan daging segar khasnya mungkin mudah diperolehi dgn harga yg murah/berpatutan.

    Kita dah biasa sangat dgn daging lembu beku (frozen meat) sehingga "lupa" rasa sebenar daging lembu/kambing.Nak membeli daging segar tak mampu (tak mampu nak mbayar <>RM40 sekilo).

    Maka kita amat menyokong rancangan kerajaan nak eksploit tanah ladang utk penternakan lembu.Buatlah segera.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.