Seo Services

Tambang Firefly paling murah di dunia



Dalam era syarikat penerbangan tambang murah mula menyaingi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, syarikat penerbangan Firefly Malaysia dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang termurah secara global.

Satu laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh WhichAirline.com hari ini mendapati, Firefly mendahului syarikat lain dalam tambang, termasuk bayaran daftar-masuk untuk bagasi 20kg.

Menurut laporan berkenaan, Asia mempunyai syarikat penerbangan paling murah di dunia, dengan tambang Firefly yang separuh lebih murah berbanding tambang syarikat penerbangan Eropah termurah – Syarikat penerbangan Turki Pegasus Airlines.

“Selepas Firefly, syarikat Spice Jet dan Onur Air masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Air Asia pula berada di tangga keempat dan syarikat penerbangan popular Asia, Tiger Air berada di kedudukan kesembilan.”

Kesimpulannya, WhichAirline.com berkata harga purata dikira daripada lebih 3.2 juta harga penerbangan yang dicari oleh pengguna laman web.

“Kos tambang rendah perjalanan membolehkan syarikat membuat tawaran tambahan. Ciri pilihan ini boleh menguntungkan, namun nilai sebenarnya dipersoal.

“Contohnya, priority boarding tidak akan menyingkatkan perjalanan. Masa menunggu mungkin sama, cuma anda berada di dalam pesawat berbanding di balai berlepas.

“Atau anda mungkin terpaksa memuatkan semua barang ke dalam bagasi kabin atau membayar menggunakan kad debit, yang mengenakan bayaran transaksi tambahan.”

Walaupun di Eropah penerbangan tambang murah merupakan pelopor, namun kos tambangnya tidak murah.

“Ryanair terkenal dengan bayaran tambahan tersembunyi, dan penyelidikan terbaharu kami menunjukkan ia memberi impak tinggi dalam kos terakhir.”

“Malah apabila kesemua kos dijumlahkan, terdapat lima syarikat penerbangan lain yang murah di Eropah: Pegasus Airlines, Air Lituanica, Vueling, germanwings and Wizz Air.”

Ryanair berada di kedudukan ke-19 dalam senarai keseluruhan global, diikuti oleh Jetstar.
Tambang Firefly paling murah di dunia Tambang Firefly paling murah di dunia Reviewed by Unknown on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.