Seo Services

Usaha Skuad Sayang diteruskan


LAWAS:Jabatan Kebajikan menyalurkan pelbagai bantuan kepada masyarakat yang menghadapi musibah dalam pelbagai bentuk.

Semua ini adalah bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.

Malah bantuan bukan hanya terhad kepada bentuk barangan sahaja, malah ia turut disalurkan dalam bentuk kewangan dan semua ini membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

YB Datuk Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat berucap semasa merasmikan pelancaran Skuad Sayang bagi Parlimen P.222 Lawas,semalam.

Penubuhan skuad sayang merupakan sebahagian dari usaha berterusan mendampingi rakyat seluruh kawasan melalui Pergerakan Wanita PBB.

Skuad sayang ini juga dapat digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai berkenaan dengan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Malah melalui skuad ini juga, para ahlinya dapat menjadi perantara antara masyarakat dan agensi kerajaan yang terlibat memberikan perkhidmatan kepada rakyat, demikian tegas beliau lagi.

Datuk Hajah Fatimah juga menyarankan agar ahli skuad sayang mempelbagai aktiviti di kampung-kampung dalam usaha mendekati masyarakat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyalurkan maklumat terkini.

Melalui program ini ahli skuad sayang diminta untuk memberikan komitmen jitu dan seterusnya mampu membantu wakil rakyat di kawasan tersebut, katanya lagi.

Setakat ini sejumlah 25 kawasan telah menubuhkan skuad sayang dan jumlah ini akan bertambah dari masa kesemasa.

Beliau juga mengharapkan agar ahli skuad ini kerap melaksanakan aktiviti biarpun dalam skala kecil kerana yang penting ialah pendekatan mendekati rakyat terus menjadi teras kepada Kerajaan Khasnya dan Barisan Nasional amnya.

Dalam pada itu beliau turut merakamkan terima kasih atas bantuan serta peranan yang dimainkan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, ADUN N.71 Bukit Sari dan YB Dato Henry Sum Agong selaku ahli Parlimen yang banyak menyumbang kepada penubuhan skuad Sayang di Lawas.

Malah beliau juga merasa bangga atas kerjasama yang diberikan oleh Yang Berbahagia Dato Hajjah Dayang Morliah yang turut membantu skuad ini di lawas. Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan dari skuad sayang Lawas kepada 10 orang penerima.

Sumber: RTM Sarawak (FB)

Usaha Skuad Sayang diteruskan Usaha Skuad Sayang diteruskan Reviewed by Unknown on June 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.