Seo Services

5 militan Malaysia diburu polis

Pihak polis sedang memburu 5 orang lagi suspek yang dipercayai terlibat merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria.

Mereka kini dikatakan bersembunyi di bahagian selatan Filipina. Butir-butir mereka yang terlibat adalah seperti yang tertera pada gambar di bawah:

Seorang pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah antara lima rakyat tempatan yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia hari ini kerana terlibat dalam kegiatan militan.

Lima individu yang dikehendaki polis itu adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai photostat dan alat tulis di universiti yang sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.

Dua individu lagi disyaki yang menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar, Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah.





Jeknal Adil, 31


5 militan Malaysia diburu polis 5 militan Malaysia diburu polis Reviewed by Unknown on July 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.