Program Amal Sarawakiana - Keadaan rumah yang usang, berbumbungkan atap yang bocor, serta menunggu masa rumah ini untuk menyembah bumi demikianlah gambaran yang kami lihat apabila mengunjungi rumah puan Kamisian Binti Ismail yang terletak Kampung Siol Kandis, PetraJaya Kuching.
Keadaan rumah yang sangat daif ini dihuni seorang ibu tunggal bersama 2 orang anak yang masih bersekolah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, ibu kepada dua anak ini membesarkan anaknya serba kekurangan dan hanya memperoleh pendapatan melalui hasil jualan kecil-kecilan di hadapan rumah mereka.
Apabila ditanya keadaan rumah, beliau sebak memberitahu kami apabila berkongsi keadaan bila tibanya hujan lebat berserta angin yang kuat, beliau dan anak-anak akan pergi ke rumah sebelah untuk mendapatkan perlindungan.
Ini kerana struktur rumah yang seakan mahu tumbang pada bila-bila masa, papan dan kayu-kayunya pula dimakan anai-anai membuatkan rumah ini tidak selamat untuk didiami.
"Harapan kakak tidak banyak dik, kakak hanya mahu ada rumah sendiri pun jadilah" katanya.
"Kalau tiba keadaan cuaca tidak menentu, disaat itulah kakak risau memikirkan keadaan rumah dan barang-barang kakak dalam rumah ini,"
"Apabila hujan lebat, rumah kami bergoyang ditiup angin Dik".
"Kakak nak menyewa rumah, kakak tidak mampu dengan pendapatan kakak berniaga kecil-kecilan, apatah lagi nak ambik rumah baru..kakak kalau dapat rumah flat pun kakak bersyukur, masalahnya kos untuk menaikkan elektrik serta air adalah kos yang sangat besar, kakak tidak mampu..lagipun anak kakak masih bersekolah".. demikian luahan beliau apabila berkongsi dengan penulis tentang keadaan yang dialaminya.
Kunjungan penulis bersama rakan-rakan daripada Sarawakiana.net datang berkunjung kediaman beliau adalah bagi menghantar sumbangan amal sempena bulan Ramadhan kali ini, disamping sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Semoga paparan ini, diharap pihak yang prihatin datang membantu keluarga mereka. Saksikan rakaman yang dibuat oleh krew Sarawakiana.net di kediaman Puan Kamisiah.
"Apabila hujan lebat, rumah kami bergoyang ditiup angin Dik".
Reviewed by Unknown
on
July 10, 2014
Rating:
No comments: