Seo Services

Artis bertudung terima teguran & nasihat dari Ustaz Kazim Elias


"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Alhamdulillah saya sudah empat atau lima tahun banyak terlibat dengan golongan artis dalam program dan dari situ saya cuba dekati mereka dan berkongsi ilmu," jelasnya.

Berikut merupakan teguran, nasihat dan peringatan daripada penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias kepada artis-artis ini.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.


Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain kerana Allah.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim tidak menafikan ramai golongan artis sama ada secara peribadi atau berkumpulan datang kepadanya untuk bertanyakan soal agama yang menjadi kemusykilan mereka.

Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut.


sumber
Artis bertudung terima teguran & nasihat dari Ustaz Kazim Elias Artis bertudung terima teguran & nasihat dari Ustaz Kazim Elias Reviewed by Unknown on July 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.