PUTRAJAYA: Setiap bangunan kerajaan di pusat pentadbiran Putrajaya akan dihiasi dan digantung dengan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-57, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kementerian berhasrat memastikan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu menjadi model dalam penghayatan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
"Justeru itu KKMM akan memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan sambutan kemerdekaan kali ini agar dapat dilihat dalam konteks yang berbeza," katanya pada perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.
"Bukan sahaja bangunan kementerian tetapi juga perumahan di Putrajaya yang rata-ratanya dihuni oleh penjawat awam juga perlu dihiasi Jalur Gemilang, jika bukan kita yang mulakan siapa lagi," katanya.
Malaysia menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. - BERNAMA
Bangunan Kerajaan Di Putrajaya Akan Dihiasi Jalur Gemilang - Ahmad Shabery
Reviewed by Unknown
on
July 04, 2014
Rating:
No comments: