Seo Services

Capai kenikmatan kesihatan di bulan Ramadhan


Selain aktiviti riadah fizikal, terdapat banyak lagi cara untuk membakar kalori berlebihan dan kekal cergas semasa Ramadan.
 
Antara perkara baik untuk dilakukan adalah mengerjakan solat tarawih semasa Ramadan. Selain mendapat pahala, solat 20 rakaat ini akan membantu umah membakar 80 kalori.
 
Berjalan di bazar Ramadan, membeli-belah untuk musim perayaan dan membuat persiapan seperti membersih dan menghias rumah, memasak dan membuat kuih-muih, adalah rutin yang lazim dikaitkan dengan bulan puasa yang dapat membantu membakar kalori.
 
Semasa sahur, sama ada kita perlu masak atau sebaliknya, atau bangun awal berus gigi, kita lebih banyak membakar kalori semasa sedar daripada semasa tidur.
 
Jadi, pada bulan Ramadan umat Islam dapat melakukan amal ibadat dengan penuh barakah di samping meneruskan aktiviti sukan atau senaman mudah bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan.
Capai kenikmatan kesihatan di bulan Ramadhan Capai kenikmatan kesihatan di bulan Ramadhan Reviewed by uMieySurianie on July 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.