Seo Services

GST dijangka pacu KDNK sebanyak 0.3 peratus - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR 10 Julai - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 dijangka mampu memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.3 peratus pada tahun pertama pelaksanaannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan GST juga dijangka mampu meningkatkan pertumbuhan keseluruhan eksport negara sebanyak 0.5 peratus disebabkan harga barangan lebih murah dan berdaya saing di pasaran global.

Selain itu katanya, negara juga dijangka bakal menerima kedatangan lebih ramai pelancong berikutan pelaksanaan skim tuntutan semula pembelian ke atas barangan terpilih.

"Sebelum ini eksport negara lebih mahal sebanyak 10 peratus berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Apabila GST dilaksanakan, cukai tersebut ditiadakan dan eksport menjadi lebih murah 10 peratus. “Akibat murah, harga (barangan) lebih kompetitif, maka secara keseluruhannya eksport negara dijangka berkembang sebanyak 0.5 peratus.

Pertumbuhan ini mungkin bertambah dan lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog isu GST dan ekonomi semasa (Digest) serta majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ahmad berkata, langkah kerajaan melaksanakan GST adalah untuk memastikan sistem cukai yang dilaksanakan pada masa hadapan adalah lebih cekap, lebih telus seterusnya membantu meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Sumber:- UTUSAN ONLINE
GST dijangka pacu KDNK sebanyak 0.3 peratus - Ahmad Maslan GST dijangka pacu KDNK sebanyak 0.3 peratus - Ahmad Maslan   Reviewed by Unknown on July 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.