Seo Services

Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan


Jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga Tanjung itu meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, anak tunggalnya, Aliff Omar, 33, turut berada di sisi.

Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan Reviewed by Admin on July 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.