KUCHING: Jerayawara Bubur Lambuk SEBERKAS BERNAS kini tiba lagi bersempena dengan bulan Ramadhan pada tahun 2014 bersamaan 1435H.
Majlis perasmian yang telah pun berlangsung di Esplanade, Tebingan Sungai Kuching semalam.
Program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SEBERKAS) dan ditaja penuh oleh PadiBeras Nasional Berhad ( BERNAS ) dan disertai oleh gandingan kerjasama dari pihak Biro Tata Negara Sarawak.
Menurut Presiden SEBERKAS Datuk Amar Abg Johari Tun Abg Openg berkata program jerayawara ini merupakan salah satu aktiviti persatuan yang secara amnya meliputi enam cawangan dari Kuching.
Keunikkan program jerayawara pada kali ini adalah kombinasi diantara ahli-ahli dikalangan kaum cina,iban,melayu,india dan lain-lain kaum untuk mengagihkan bubur lambuk kepada orang yang kurang berkemampuan.
“Idea di belakang peng-anjuran jerayawara ini adalah untuk berkongsi kenikmatan bulan Ramadan dengan masyarakat dan pada masa yang sama mendekati masya-rakat terutama di kalangan golongan yang kurang berkemampuan.
“Apa yang lebih penting ialah kita mahu menyemai sifat kesederhanaan di kalangan belia dalam pelbagai aspek untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni,” katanya ketika sidang media selepas perasmian tersebut.
Program ini dimana akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dan akan berakhir di Lawas dan dianggarkan sebanyak 24,000 paket bubur lambuk akan diagihkan di setiap pelusuk lokasi di Sarawak.
Terdahulu sebanyak 800 paket bubur lambuk telah diagihkan kepada para penerima yang terdiri daripada masyarakat setempat yang hadir memeriahkan program perasmian jerayawara itu semalam.
Dalam pada itu juga, seramai 20 buah keluarga yang kurang berkemampuan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Pelancongan Abg Johari Tun Abg Openg.
Turut hadir, Setiausaha Agung SEBERKAS Dr Abd Rahman Junaidi merangkap ADUN Pantai Damai, ADUN Samariang Sh.Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan yang lain-lain lagi.

![]() |
| Foto: Sdr.RahmanAdenan |
Jerayawara Bubur Lambuk SEBERKAS BERNAS tiba lagi.
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
July 05, 2014
Rating:

No comments: