Seo Services

Kaji Bumi bersama pakar di Taman Negara Santubong 12.Julai ini.

Photo: Kuching, Sarawak: Adakah Anda Berminat Menjadi Ahli Geologi untuk Sehari?

Persatuan Pencita Alam Cawangan Kuching (MNS Kuching) bakal menganjurkan satu sesi lapangan geologi bersama seorang pakar geologi pada 12 Julai depan.  

Sesi tersebut akan bermula di pintu masuk Taman Negara Santubong pada pukul 8.45 pagi, dengan pendaftaran peserta dan taklimat keselamatan, dan dijangka tamat pada pukul 12.30 petang.

Peserta sesi lapangan geologi ini akan berpeluang mengetahui bagaimana batu-batu membentuk, jenis-jenis batu yang terdapat di kawasan Santubong serta juga berapa lama, batu-batu tersebut telah berada disitu.

 

Sesi lapangan ini melibatkan perjalanan kaki ke air terjun utama di Santubong yang akan mengambil kira-kira 45 minit.  Sesi ini juga sesuai mereka yang tidak begitu cergas dan ibu bapa dengan kanak-kanak umur 8 tahun dan ke atas. 
 
Walau bagaimanapun, MNS Kuching tidak bertanggungjawab untuk kemalangan atau sesiapa sahaja yang meninggalkan kumpulan untuk bersiar-siar di dalam hutan dengan sendiri. Ibu bapa dikehendaki mengawasi anak-anak mereka dan prihatin terhadap tanah dan batu licin.

Sesi lapangan ini merupakan antara aktiviti yang dianjurkan besempena Pesta Alam Santubong ataupun Santubong Nature Festival (SNF) yang akan berlangsung pada bulan November tahun ini.  

SNF merupakan aktiviti tahunan penganjuran bersama MNS Kuching dan Permai Rainforest Resort dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Mereka yang berminat menyertai sesi lapangan geologi pada 12 Julai boleh mendaftar dengan menghantar e-mel kepada mns.santubong@gmail.com, atau dengan hubungi pengerusi penganjur SNF Vincent Wong di 013-8020005 atau setiausaha acara Lim Sin Shin di 014-9903335. Penyertaan adalah terhad.

 

Gunung Santubong

 

Gunung Santubong yang penuh bersejarah kini telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai sebuah Taman Negara. Gunung ini membentuk teras Semenanjung Santubong, yang terletak di muara sungai Santubong, 20 km ke utara Kuching. 
 
Lereng gunung yang kebanyakannya diselubungi hutan dipterocarp tanah rendah, juga mempamerkan habitat kerengas dan tanah berpasir.  Pokok-pokok yang mudah dilihat di sepanjang aliran sungai di hutan kerangas termasuklah pokok selunsor (Tristaniopsis sp.).

                                        

Geologi Gunung Santubong

3 Julai-KUCHING : Batu pasir ataupun sandstone merupakan antara jenis batu sedimen yang paling kerap dijumpai. Sandstone mula membentuk apabila pasir menimbun dan seterusnya membentuk lapisan dalam sungai atau di mulut sungai dan dalam air laut cetek.  Sandstone di Santubong terdiri terutamanya daripada lapisan tebal (setengah meter hingga beberapa meter tebal). 

Ahli geologi daripada Jabatan Kajibumi Malaysia telah mengkaji pembentkan batu di kawasan semenanjung Santubong dan laporan mereka telah diterbitkan dalam: Tan, DNK (1993) “Geology of the Kuching Area, West Sarawak, Malaysia. Geological Survey of Malaysia, Report 16”.

KUCHING: Persatuan Pencinta Alam Cawangan Kuching (MNS Kuching) bakal menganjurkan satu sesi lapangan geologi bersama seorang pakar geologi pada 12 Julai depan.

Sesi tersebut akan bermula di pintu masuk Taman Negara Santubong pada pukul 8.45 pagi, dengan pendaftaran peserta dan taklimat keselamatan, dan dijangka tamat pada pukul 12.30 petang.

Peserta sesi lapangan geologi ini akan berpeluang mengetahui bagaimana batu-batu membentuk, jenis-jenis batu yang terdapat di kawasan Santubong serta juga berapa lama, batu-batu tersebut telah berada disitu. 

Sesi lapangan ini melibatkan perjalanan kaki ke air terjun utama di Santubong yang akan mengambil kira-kira 45 minit.

Sesi ini juga sesuai mereka yang tidak begitu cergas dan ibu bapa dengan kanak-kanak umur 8 tahun dan ke atas.

Walau bagaimanapun, MNS Kuching tidak bertanggungjawab untuk kemalangan atau sesiapa sahaja yang meninggalkan kumpulan untuk bersiar-siar di dalam hutan dengan sendiri.

Ibu bapa dikehendaki mengawasi anak-anak mereka dan prihatin terhadap tanah dan batu licin. Sesi lapangan ini merupakan antara aktiviti yang dianjurkan besempena Pesta Alam Santubong ataupun Santubong Nature Festival (SNF) yang akan berlangsung pada bulan November tahun ini.

SNF merupakan aktiviti tahunan penganjuran bersama MNS Kuching dan Permai Rainforest Resort dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Mereka yang berminat menyertai sesi lapangan geologi pada 12 Julai boleh mendaftar dengan menghantar e-mel kepada mns.santubong@gmail.com, atau dengan hubungi pengerusi penganjur SNF Vincent Wong di 013-8020005 atau setiausaha acara Lim Sin Shin di 014-9903335. Penyertaan adalah terhad.


Sumber:RTMSarawak
Kaji Bumi bersama pakar di Taman Negara Santubong 12.Julai ini. Kaji Bumi bersama pakar di Taman Negara Santubong 12.Julai ini. Reviewed by Unknown on July 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.