Peminat bolasepak Brazil meneriakkan kata-kata kesat kepada Presiden Dilma
Rousseff selepas pasukan Jerman mendahului 5-0 sebelum tamat babak pertama
perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.
Rousseff bagaimanapun tidak ada di stadium menyaksikan perlawanan
itu.
Tindakan penonton itu mengulangi apa yang terjadi semasa upacara pembukaan
Piala Dunia tiga minggu lalu.
Selepas tamat 90 minit permainan, Brazil dimalukan oleh Jerman 7-1 dalam perlawanan yang pasti akan meninggalkan parut besar kepada negara bolasepak itu. Ia adalah kekalahan paling teruk Brazil dalam sejarah Piala Dunia.
Brazil bermain tanpa arah dengan ketiadaan tonggak utamanya, penyerang Neymar
Jr. yang retak tulang belakang semasa perlawanan suku akhir melawan Colombia
minggu lepas.
Rousseff dalam reaksinya terhadap kekalahan memalukan itu berkata beliau sedih dan kesal.
“Seperti semua rakyat Brazil, saya sangat-sangat berdukacita dengan kekalahan
ini. Saya sangat simpati kepada peminat dan pasukan,” tulisnya di
Twitter.
Penganalisis politik membayangkan
sentimen buruk dengan tersingkirnya Brazil daripada Piala Dunia dengan cara yang
cukup memalukan boleh mempengaruhi mood rakyat kepada pentadbiran
Rousseff.
Tinjauan pendapat menunjukkan Rousseff mungkin berdepan pemilihan pusingan
kedua dengan pencabarnya Aecio Neves.
Rousseff dilihat gagal meneruskan kejayaan pendahulunya, Luiz Inacio Lula da
Silva yang juga mentor politiknya apabila tidak dapat melonjakkan ekonomi Brazil
yang terbeban dengan inflasi serius.
Penganjuran Piala Dunia ini juga mendapat bantahan segelintir rakyat yang
melihatnya sebagai pembaziran dan salah tumpuan pengurusan. Brazil dianggar
membelanjakan AS$11 bilion (RM34.8 bilion) untuk pesta bolasepak ini.
Rousseff mengintai mandat penggal kedua dalam pilihan raya presiden Oktober ini.-Ping Busuk
Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil
Reviewed by uMieySurianie
on
July 09, 2014
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
July 09, 2014
Rating:



No comments: