Seo Services

Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE


Samsung memperkenalkan kamera baharu, Galaxy K Zoom dilengkapi paparan resolusi kamera sejauh 20.7 megapiksel, skrin 4.8 inci HD Super AMOLED dan aplikasi tambahan, LTE.

Kamera dwifungsi ini membenarkan pengguna menukarnya kepada telefon pintar, apabila pengguna meningkatkan fungsinya kepada aplikasi LTE, rangkaian jalur lebar evolusi jangka panjang.

Kelebihan lain iaitu menggunakan sistem operasi Android 4.4 (Kitkat) dengan format kadar bukaan cahaya (ISO) Auto, 100, 200, 400, 800, 1,600 atau 3,200.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan aplikasi mod selfie, yang membolehkan pengguna merakam sendiri gambar mereka dengan lebih baik dengan butang shutter mudah dicapai serta fokus pantas.

Harga tidak dinyatakan. Galaxy K Zoom sudah berada di pasaran Malaysia penghujung Jun yang lalu.
Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE Kamera 20.7 megapiksel dengan LTE Reviewed by Unknown on July 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.