Seo Services

Kolaborasi Untuk Promosi Pelancongan Perubatan Di Sarawak

KUCHING, 9 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan Sarawak kini bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) bagi menyediakan fasiliti pelancongan perubatan di Damai Beach Resort di Santubong, kira-kira 40km dari sini.

Menyatakan demikian, menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, "Sarawak kini mengalami trend meningkat dalam ketibaan pelancong asing yang mendapatkan rawatan perubatan".

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis berbuka puasa kementeriannya di sini hari ini, juga diadakan bagi meraikan pencapaian Sarawak pada festival 'Magic of the Night' di Putrajaya di mana perahu berhias negeri ini meraih tempat ketiga keseluruhan.

Abang Johari berkata kebanyakan pelancong perubatan asing ialah dari Indonesia dan kini terdapat peningkatan jumlah pelawat domestik dari Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Beliau tidak pula memberi perangkaan sebenar di bawah sektor ini.

Menteri itu berkata dalam lima bulan pertama tahun ini, kira-kira 1.9 juta pelancong tiba di Sarawak dan angka itu membayangkan negeri ini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 4.5 juta ketibaan pelancong tahun ini.

-- BERNAMA
Kolaborasi Untuk Promosi Pelancongan Perubatan Di Sarawak Kolaborasi Untuk Promosi Pelancongan Perubatan Di Sarawak Reviewed by Admin on July 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.