PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan keselamatan yang tiba di Kiev, Ukraine hari ini masih tidak dibenarkan masuk ke lokasi nahas MH17.
Katanya, ia disebabkan terdapat halangan pihak tertentu di situ yang masih enggan sesiapa masuk ke tapak kejadian.
"Kami merayu kepada dunia untuk membantu kami supaya dapat masuk ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Malaysia mengutuk sebarang perbuatan mengalihkan bahan bukti kerana ia tidak adil dan boleh membantutkan usaha mencari pihak bertanggungjawab bagi dihadapkan ke muka pengadilan," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini hari ini. - KOSMO!
Malaysia rayu dunia bantu masuk ke lokasi nahas MH17
Reviewed by Admin
on
July 19, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
July 19, 2014
Rating:
No comments: