Seo Services

MAS Nafi Tahu Mengenai Penswastaan Untuk Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan sebarang pengetahuan berhubung keputusan untuk menswastakan syarikat penerbangan itu bagi penyusunan semula sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini bertajuk "MAS may be taken private for restructuring".

MAS dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keputusan sedemikian terletak hanya pada pemegang saham utamanya dan kerajaan Malaysia.

"Buat masa sekarang, syarikat tidak mengetahui jika ada sebarang keputusan yang dibuat oleh kedua-duanya berhubung perkara itu," katanya.-- BERNAMA

MAS Nafi Tahu Mengenai Penswastaan Untuk Penstrukturan Semula MAS Nafi Tahu Mengenai Penswastaan Untuk Penstrukturan Semula Reviewed by Admin on July 03, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.