Seo Services

Panduan latih si kecil berpuasa

Menurut Pakar Diet dari Welcare Hospital Dubai, Dr Shafeek Ali, kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh tidak perlu berpuasa. Namun sekiranya ibu bapa mahu melatih mereka untuk berpuasa, beberapa tip dari segi mental dan fizikal perlu diuji terlebih dahulu.
 
LATIH DIRI
Jangan terus memaksa anak berpuasa. Sekurang-kurangnya, latih mereka supaya tidak makan dari awal pagi sehingga jam 10. Kemudian, sekiranya mereka mampu bertahan, gandakan jangka masa sehingga jam 3 petang dan seterusnya. Paling penting, kejutkan mereka untuk bersahur.
 
BERSAHUR
Waktu sahur adalah waktu penting untuk mengumpulkan tenaga tatkala siang hari. Pilih hidangan yang mempunyai fiber urai perlahan seperti bijirin gandum penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
MAKANAN PEDAS DAN BERGORENG
Elakkan memberi hidangan bergoreng dan pedas terlalu kerap kepada anak-anak kerana ia boleh meningkatkan asid gastrik kepada mereka.
 
MINUMAN BERGAS
Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gula di dalamnya terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk berbuka terutamanya kepada anak-anak.
 
AIR YANG BANYAK
Pastikan anak-anak diberi air secukupnya bagi mengelakkan tubuh mereka terdehidrasi. Ini adalah faktor penting untuk membantu memberikan mereka tenaga dan mengatasi dahaga.-Nona
Panduan latih si kecil berpuasa Panduan latih si kecil berpuasa Reviewed by uMieySurianie on July 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.