Seo Services

Polis tahan dua suspek kes pecah rumah di Kuching

KUCHING - Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah di Taman Perumahan Tabuan Desa, Kuching pada 18 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di dua lokasi berasingan dalam satu operasi, pukul 10 pagi Ahad lalu.

"Bertindak di atas maklumat, dua orang lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun, suspek kes pecah rumah berjaya ditahan di dua lokasi berlainan di kawasan Tabuan, Kuching," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, polis menemui barang bukti milik mangsa yang disamun, iaitu sebuah laptop dan sebuah telefon bimbit jenama Samsung.

"Seorang daripada suspek didapati positif dadah. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai semalam sehingga 14 Julai depan utk siasatan lanjut," katanya. - Bernama

Polis tahan dua suspek kes pecah rumah di Kuching Polis tahan dua suspek kes pecah rumah di Kuching Reviewed by Admin on July 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.