Seo Services

Sambut Hari Raya di dalam pondok yang kecil?


Ketika kita sedang gembira menyambut bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan dan bakal menyambut bulan Syawal yang bakal tiba, namun janganlah kita lupa pada yang kurang berkemampuan.

Walaupun kita hidup dalam dunia permodenan, masih ramai lagi yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup di sebuah bandar yang semakin maju mengikut peredaran zaman.

Hasil kunjungan kami ke Kampung Gita Laut yang terletak di kawasan Petrajaya dalam bandar Kuching mendapat perhatian kami. Seorang ibu tunggal yang hidup dalam serba kekurangan dan menetap di rumah yang agak sempit dengan keadaan rumah yang tidak stabil.


Puan Nareti Bt Keteng, 41 tahun, seorang ibu tunggal yang telah mendiami rumah tersebut sejak 5 tahun lalu bersama anak perempuannya yang berusia 6 tahun. Puan Nareti juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 20 tahun yang telahpun berumahtangga dan tinggal berasingan bersama isterinya.

“Hanya rumah kecil ini sahaja tempat saya berteduh..Saya tidak mampu untuk membina rumah yang selesa kerana saya kurang berkemampuan sebab itu saya harap ada pihak tampil memberi bantuan rumah kepada saya,” jawab Puan Nareti.


Sekiranya hujan lebat melanda ditambah lagi dengan angin yang kencang beliau dan anak perempuanya akan bergegas pergi berteduh di rumah jiran kerana khuatir rumah tersebut roboh.

“Pernah terjadi peristiwa lalu, hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan oleh angin menyebabkan saya serik untuk berada dirumah apabila cuaca buruk,” luah Puan Nareti dengan sayu.


Selain itu, penyakit darah tinggi dan kolestrol yang dihidapinya sejak 6 tahun lepas menyukarkan beliau untuk bekerja. Tetapi, demi untuk menyara anak perempuannya yang masih bersekolah, beliau sanggup mengambil upah sebanyak RM20 sehari dengan menolong orang menjual pisang goreng.

Apabila ditanya tentang persediaan sambutan Hari Raya, Puan Nareti memberitahu, beliau hanya menyambut dengan ala kadar sahaja mengikut kemampuan yang ada.

“Apalagi yang mampu saya buat walaupun sedih apatah lagi anak perempuan saya yang semakin meningkat dewasa. Saya cuma takut dia malu berkehidupan begini,” jawabnya lagi.


Puan Nareti Bt Keteng
730903-13-6190
014-6932187
No. 120, Kampung Pinang Jawa,
Jalan Gita Lama,
93050 Kuching, Sarawak
Sambut Hari Raya di dalam pondok yang kecil? Sambut Hari Raya di dalam pondok yang kecil? Reviewed by Unknown on July 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.