Seo Services

Seorang Lagi Selebriti Berhijab – Ana Dahlia Makin Manis!

Alhamdulillah, sejak dua menjak ini ramai selebriti tanah air yang sudah berhijab seperti Uqasha Senrose dan Neelofa. Terbaru, khabarnya pelakon yang popular dengan filem Mantra, Ana Dahlia pun turut berhijrah.
 
Semalam, pada laman Instagram milik Ana, beberapa keping foto yang dikongsi jelas menunjukkan Ana kini sudahpun berhijab.
 
Ana berhijrah sejak awal puasa lalu. Memang tidak dinafikan kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Ana lebih terserlah apabila sudah mengenakan hijab. 
 
Penghijrahan yang dilakukan oleh Ana ini turut mendapat sokongan padu daripada para peminat yang mendoakan agar pelakon itu istiqamah dalam menjalankan kewajipan tersebut.
 
Dalam pada itu menerusi laporan Kosmo, kononnya Ana kini sudahpun membuat persiapan untuk bergelar isteri.
 
Iyalah, Ana pun pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini. Jadi mungkin sudah tiba masanya Ana menamatkan zaman bujangnya kali ini.
 
Jika benar seperti apa yang didengar ini, tak lama lagi bolehlah merasa nasi minyak dari Ana Dahlia. Apapun, kita sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ana dan semoga hijrahnya kali ini akan membawa 1001 makna dalam diri.-Oh Bulan
 
Seorang Lagi Selebriti Berhijab – Ana Dahlia Makin Manis! Seorang Lagi Selebriti Berhijab – Ana Dahlia Makin Manis! Reviewed by uMieySurianie on July 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.